Ahad, 10 April 2011

SIASAH SYAR`IYYAH ... SATU PENGENALAN

Ulama silam telah membicarakan Siasah syar`iyyah sebagai satu istillah Fiqh dalam penulisan mereka,  Setengah menetapkan ia sebagai satu displin ilmu kenegaraan Islam, tapi tidak ramai membahaskan siasah syar`iyyah sebagai ilmu kenegaraan.

Ini menyebabkan pengertian Siasah Syar`iyyah secara kursus tidak dikemukakan kebanyakan ulama sebaliknya mereka membahaskan tajuk-tajuk tertentu yang ada kaitan dengan siasah syar`iyyah.  Jadi untuk mengetahui tentang maksud dan bentuk pemakaian istilah siasah syar`iyyah maka kita perlu merujuk kepada sumber fiqh dalam berbagai mazhab Islam, terutamanya dalam bab jenayah seperti hudud, qisas dan takzir.  Sumber politik Islam jugaturut diteliti dengan mendalam seperti al ahkam al sultahiyah oleh Mawardi, al Siyasah al Syar`iyyah oleh ibnu Taymiyah, Nizam al Hukm oleh Muhammad Yusuf Musa dan lain-lain lagi.

Berdasarkan kepada penelitian, kewujudan beberapa penulisan khusus tentang Siasah Syar`iyyah sebagai satu istilah tersendiri adalah untuk menjelaskan kedudukan dan peranan nya sebagai satu Mekanisme penting dalam pemerintahan Islam.  Perkara ini diusahakan oleh beberapa sarjana dan ulama islam yang mengulas persoalan ini dalam berbagai format dan pendekatan, samada menyentuh secara langsung pokok perbincangan Siasah Syar`iyyah atau pun tidak secara langsung.

Sekiranya dibahas Siasah Syariyyah sebagai sebahagian daripada pengajian Fiqh atau pengajian Ijtihad, maka kedudukannya pastilah terbatas dan tidak akan berkembang.  Malah dalam keadaan suasana tidak wujudnya negara Islam sejati seperti sekarang, akan menyebabkan siasah Syariyyah akan terus lenyap daripada dunia nyata atau akan dianggap monumen sejarah yang tersimpan dalam khazanah ilmu, dari itu langkah untuk mewujudkan semula siasah syariyyah sebagai satu displin ilmu utama dalam pengajian Islam adalah satu usaha yang sangat besar faedahnya kepada Islam dan manusia sejagat.

Sehubungan dengan itu dapatlah kita lihat beberapa penulisan silam dan semasa yang cuba mengekalkan kedudukan Siasah Syariyyah sebagai displin tersendiri sebagai mana yang muncul antaranya adalah Siasah Syariyyah wa al Fiqh oleh Abdul Rahman Taj dan Abdul wahab Khallaf dalam Siasah AL Syar`iyyah.....

insya Allah pada catatan akan datang saya akan sambung pengertian Siyasah dari sudut bahasa. Teruskan mengikuti catatan blog ini, anda pasti menemui catatan menarik berkaitan Siasah Syariyyah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan