Selasa, 9 Ogos 2011

masalah mendewasakan kita, manusia tidak patut lari dari masalah

ramadhan dah hampir 2 minggu, kita makin kearah meningkatkan amalan di bulan yang mulia ini,

baiklah .... kali ini kita membincangkan aspek masalah, ya masalah sering menghantui fikiran kita saban hari, tapi kita harus ingat dan bartawakal bahawa ia datang dari Allah untuk menguji sejauh mana kesabaran kita dalam melalui ujian tersebut.  

Tidak kira kita dari golongan apa sekalipun masalah tetap akan hadir menemui kita, tapi ingatlah wahai saudara ku sekalian, semua benteng masalah dapat kita lalui dengan tawakal kepada allah disamping usaha dan doa kita panjatkan kepada yang maha mengasihani, sebesar mana pun masalah pastinya kita akan berjaya mengharungi jua.

Dewasa ini, ramai manusia yang terlalu gundah gelana dengan maslah didunia, bimbang tidak cukup rezeki, bimbang hilang mata pencarian, bimbang soal kekeluargaan, bimbang akan harta benda, tetapi pernahkah kita terfikir akan masalah yang paling besar akan kita hadapi bila dialam akhirat nanti, kita pernahkah bimbang samada kita kesyurga atau neraka, kita fikirkah dosa kita yang lalu adakah diampun oleh Allah, bimbangkah kita hisab kita tidak memihak pada kita diakhirat kelak?   ah pastinya hanya segelintir yang berbuat demikian.

Teringat saya kata Umar r.a bahawa semua kesyurga(umat Islam), kecuali dia, dialah diriku.... inilah kebimbangan Umar yang telah dikhabarkan Rasullulah bahawa beliau adalah ahli syurga, manakala kita yang tidak tahu dimanakah akhirnya kita masih tergapai-gapai oleh kecintaan dunia dan tidak teringat langsung kebimbangan kepada dunia akhirat.......... renungkanlah bersama....

sekadar ini dulu, dari saya kita sambung lagi akan datang ana, bertugas imam tarawikh malam ni,,,,,assalamualaikum.