Assalamualaikum.............. kepada semua pembaca budiman.
Sukanya saya memulakan blog ini dengan mengatakan bermulanya ketentuan Allah(atas diri saya).
ya mana tidaknya asal saya ini bukanlah seorang ahli agama, malahan jauh dari agama, tidak mengenali huruf alif. ba, ta sampai ya, tidak mengendahkan buku agama, malahan tidak berimpikan menjadi seorang ahli agama...sehinggalah ketentuan Allah membuktikan dia maha berkuasa atas makluknya, ia cita-cita ingin melanjutkan pelajaran begitu tinggi dan hajat menjadi seorang guru atau pegawai polis atau pomen kereta terlalu tinggi, hinggalah saya menamatkan SPM dan kursus membaiki kereta dan pastinya anda fikir saya akan menjadi seorang pomen kereta di bandaraya satu ketika dahulu, tapi sebagaima saya katakan ketentuan Allah, mahu memberi kebaikan kepada hambanya, ditakdirkan saya mendapat tawaran sambung belajar pastinya satu pusat pengajian yang awalnya saya sangkakan sebuah pusat pengajian melatih seorang guru, tapi sangkaan saya salah, Saya hadir dan kerana melihatkan namaya sebagai sebuah pusat pengajian iaitu institut yang saya sangkakan maktab peguruan.
Saya terus melaporkan diri tanpa menilai apa bidang yang saya ambil disana nanti, Alhamdullilah setelah melaporkan diri ternyata sangkaan saya salah semata-mata, mana tidaknya institusi ini sebuah pusat pengajian Islam untuk melatih diri menjadi seorang Daei/guru agama. Maklumlah dah bergerak kehadapan rasa nak berundur balik segan juga, akhirnya saya masuk ke tahun Asas sebab tak tahu baca apa pun tentang agama.... Saya dengan rela hati dan ketentuan Allah dalam masa 6 bulan saya berjaya membaca al Quran dengan baik, malahan pada bulan Ramadhan saya dijemput oleh pusat pengajian berhampiran untuk menjadi imam solat terawikh jemputan.... bila fikirkan mustahil dan tak mustahil... tapi ini ketentuan Allah.
allhamdulillah, takdir Allah saya menamatkan pengajian dan mendapat pekerjaan sebagai guru juga, guru tapi lebih baik guru yang mengajar pelajaran agama.
setakat ini dulu catatan saya sebagai permulaan dan akan sambung kisah seterusnya.....
BLOG INI SAYA ADAKAN ATAS TUJUAN MEMBERI MAKLUMAT TENTANG ISLAM SETAKAT MANA YANG SAYA PELAJARI DAN BOLEH JUGA MENGAJUKAN SOAL JAWAP PERKARA BERKAITAN ISLAM, PASTI SAYA AKAN CUBA MENJAWAB DAN HURAIKAN, ANDA BOLEH POS AND KOMEN KEPADA SAYA, SAYA AKAN CUBA JAWAB...... OK ITU SAJA TERUS IKUTI PERKEMBANGAN BLOG INI SAYA AKAN MENAMBAH ARTIKEL AGAMA DARI SEMASA KE SEMASA.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan